Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
siapa yang sangka si A bolah bertindak sedemikian sehingga boleh mencapai satu tahap yang amat kritikal.... itulah yang dialami oleh kawan saya sewaktu berada di kelas tambahan.
semuanya disebabkan oleh tekanan yang mula menguasai diri sehingga diri hilang kawalan untuk berfikir secara rasional.
apabila seseorang itu tertekan ia akan menunjukkan sifat yang agresif seperti memberontak, marah yang tidak dapat dikawal dan kemurungan yang boleh memakan diri sendiri...faktor ini hadir disebabkan oleh faktor keluarga dan persekitaran
stress..stress...stress....stress........stress itulah yg dialami oleh si A. Ianya sungguh menyedihkan apabila mendengar luahan hati si A ... memang sakit apabila dipendam... sehingga menyebabkan si A memberontak .... tekanan wujud apabila si A merasa ketidaktenteraman jiwa atau jiwa yang berada dalam keadaan gelisah, keluh kesah, ketakutan, kecemasan dan was-was.
kita sebagai kawan janganlah pinggirkan ketika kawan kita sedang tertekan .... kita harus memberi dorongan kepada dia untuk tidak berhenti berusaha dan menjadi seorang yang berguna. Saat-saat seperti inilah kita harus memberikan seribu satu kepercayaan kepada dia... kita harus beri kan suntikan semangat agar dia tidak melakukan sesuatu yang akhirnya memudaratkan diri dia. Alhamdulillah aku & rakan -rakan telah motivet kepada die "walaupun begitu banyak dugaan yang menimpa kepada diri kita.. yang penting janganlah kita berhenti berusaha .. biarlah apa orang sekeliling kata tentang diri kita .. yang penting kita tetap diri kita". aku percaya dia akan berubah aku percaya dia boleh aku percaya dia baik aku percaya dia akan menjadi seorang yang berguna ... di sini marilah kita sama-sama mendoakan si A agar die akan menemui jalan yang benar.. insyaalah a m e e n
doa ketika menghadapi stress :
الَّذِينَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَآِيلُ ( ١٧٣ (
Mereka juga ialah Yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: "Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya". maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: "Cukuplah untuk (menolong) kami, dan ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadanya Segala urusan kami)