Monday, 18 July 2011

BATIK DI MALAYSIA:
Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan "ubi kentang" sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden.

Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. 

Sejarah batik di Malaysia mula di ketahui pada abad ke 18 apabila Batik Minah Pelangi memulakan perusahaan Batik di Terengganu. Dalam tahun 1911 apabila Haji Che Su bin Haji Ishak memulakan perusahaan Batik di kawasan Lorong Gajah Mati, Kota Bahru Kelantan. 

Pada masa itu teknik pembuatan batik hanyalah menggunakan teknik ikat dan celup dan dikenali sebagai ‘Batik Pelangi’. Pada masa itu kain di import dari Thailand jenis ‘Kain Pereir’ sementara itu warna dibuat sendiri dengan menggunakan pewarna buah dan kulit kayu. Warna kain batik pelang hanyalah Biru dan hitam sahaja. Pada tahun 1922 Haji Che Su telah mengeluarkan batik yang menggunakan blok kayu. Pada tahun 1926 kemasukan pewarna kimia dari Eropah telah membawa perkembangan Batik. Reka corak batik mula dipengaruhi dengan reka corak Batik Indonesia disertai dengan nama batik dikomersilkan.

Nama batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik.

Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu. Ternyata konsep "batik" itu sendiri telah wujud sejak 2,000 tahun lalu di Parsi dan di Mesir sejak bermulanya tamadun manusia disana; Tamadun Mesopotamia- Babylon.

Petikan: Pustakaan Negara Malaysia & Laman Pendidikan Seni




No comments:

Post a Comment