Saturday 23 July 2011

AISHITERU for EVER


Apa kabar cinta?
Masihkah tetap untuk-NYA……?
Apa kabar rindu?
Masihkah tetap untuk surgaNYA..?
Apa kabar hati?
Masihkah sesejuk dan sebening embun pagi….?
Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi....

21 julai 2011 merupakan hari yang paling  indah hidup aku . saat aku mula tahu bahawa dialah cinta segar yang berbunga di dalam hatiku. walaupun die tidak pernah melafazkan kata-kata agung itu , tetapi aku  tahu yang diri ku ini telah mendapat tempat didalam hati dia . apabila berhadapan dengan nya membuatkan jantungku bergetar seakan mengira setiap langkah kakinya... menunggu nya melangkah memasuki ketaman hati ku ini untuk melafazkan kata-kata yang agung itu.
memang benar apa yang dikatakan, cinta itu hadir tanpa kita sedar dan cinta itu hadir tanpa kita duga. aku akan sentiasa menunggu dan biarkan die mengenali aku dengan lebih dekat agar die tahu akan isi hati ku ini. Dia memberikan seribu satu makna buat diriku dan membuatkan hati ku mekar semula.

Dengan senyuman, kau luluhkan hatiku…
dengan senyuman, kau perlihatkan dunia padaku….
hanya dengan sebuah senyuman….
kau berikan aku kesadaran…
begitu indah cerita hidupku oleh senyummu…..
i love u,

Monday 18 July 2011

BATIK DI MALAYSIA:
Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan "ubi kentang" sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden.

Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. 

Sejarah batik di Malaysia mula di ketahui pada abad ke 18 apabila Batik Minah Pelangi memulakan perusahaan Batik di Terengganu. Dalam tahun 1911 apabila Haji Che Su bin Haji Ishak memulakan perusahaan Batik di kawasan Lorong Gajah Mati, Kota Bahru Kelantan. 

Pada masa itu teknik pembuatan batik hanyalah menggunakan teknik ikat dan celup dan dikenali sebagai ‘Batik Pelangi’. Pada masa itu kain di import dari Thailand jenis ‘Kain Pereir’ sementara itu warna dibuat sendiri dengan menggunakan pewarna buah dan kulit kayu. Warna kain batik pelang hanyalah Biru dan hitam sahaja. Pada tahun 1922 Haji Che Su telah mengeluarkan batik yang menggunakan blok kayu. Pada tahun 1926 kemasukan pewarna kimia dari Eropah telah membawa perkembangan Batik. Reka corak batik mula dipengaruhi dengan reka corak Batik Indonesia disertai dengan nama batik dikomersilkan.

Nama batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik.

Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu. Ternyata konsep "batik" itu sendiri telah wujud sejak 2,000 tahun lalu di Parsi dan di Mesir sejak bermulanya tamadun manusia disana; Tamadun Mesopotamia- Babylon.

Petikan: Pustakaan Negara Malaysia & Laman Pendidikan Seni




Sunday 17 July 2011

kawanku jangan biarkan tekanan menguasai diri

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

siapa yang sangka si A bolah bertindak sedemikian sehingga boleh mencapai satu tahap yang amat kritikal.... itulah yang dialami oleh kawan saya sewaktu berada di kelas tambahan.
semuanya  disebabkan oleh tekanan yang mula menguasai diri sehingga diri hilang kawalan untuk berfikir secara rasional.
apabila seseorang itu tertekan ia akan menunjukkan sifat yang agresif seperti memberontak, marah yang tidak dapat dikawal dan kemurungan yang boleh memakan diri sendiri...faktor ini hadir disebabkan oleh faktor keluarga dan persekitaran

stress..stress...stress....stress........stress itulah yg dialami oleh si A. Ianya sungguh menyedihkan apabila mendengar luahan hati  si A ... memang sakit apabila dipendam... sehingga menyebabkan si A memberontak .... tekanan  wujud apabila si A merasa ketidaktenteraman jiwa atau jiwa yang berada dalam keadaan gelisah, keluh kesah, ketakutan, kecemasan dan was-was.

kita sebagai kawan janganlah pinggirkan ketika kawan kita sedang tertekan .... kita harus memberi dorongan kepada dia untuk tidak berhenti berusaha dan menjadi seorang yang berguna. Saat-saat seperti inilah kita harus memberikan seribu satu kepercayaan kepada dia... kita harus beri kan suntikan semangat agar dia tidak melakukan sesuatu yang akhirnya memudaratkan diri dia. Alhamdulillah aku & rakan -rakan telah motivet kepada die "walaupun begitu banyak dugaan yang menimpa kepada diri kita.. yang penting janganlah kita berhenti berusaha .. biarlah apa orang sekeliling kata tentang diri kita .. yang penting kita tetap diri kita". aku percaya dia akan berubah aku percaya dia boleh aku percaya dia baik aku percaya dia akan menjadi seorang yang berguna ... di sini marilah kita sama-sama mendoakan si A agar die akan menemui jalan yang benar.. insyaalah   a m e e n

doa ketika menghadapi stress  :


الَّذِينَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَآِيلُ ( ١٧٣ ( 

Mereka juga ialah Yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: "Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya". maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: "Cukuplah untuk (menolong) kami, dan ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadanya Segala urusan kami)